Monday, November 18, 2013

CURI TULANG GAJINYA HARAM

Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan masyarakat. Sikap negatif kita terhadap pencuri disebabkan pendidikan agama yang diterima selama ini. Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku pencurian masa atau lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ dalam tugas harian. Apabila kita ditawarkan pekerjaan di dalam kerajaan atau swasta. Dalam surat tawaran kerja akan
tercatat perintah tetap atau “standing orders” ataupun mengenai bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Di antara kandungan surat tawaran jugak ada menerangkan jadual dan masa bekerja dan lihatlah masa yang kita ada dalam sehari bekerja. 

                       1. Waktu kerja                      0800 pagi -1600 petang. 
                       2. Waktu Rehat                     1030 pagi - 10.30 pagi 
                       3. Waktu Makan Tengahari   1300 tghari - 1400 tghari 

Kalau diperhatikan waktu rehat pagi cuma anda ada 30 minit sahaja untuk minum pagi. Memang sempat masa yang diberikan. Tapi lihatlah di kafeteria atau kantin di pejabat-pejabat Kerajaan. Jam 1045 pagi masih lagi penuh dengan staff-staff sedang minum atau berborak sakan. Masa 15 minit itu sepatutnya berada di pejabat bukan di kantin. Gaji 15 minit itu dikirakan gaji haram. Masa makan tengahari pun sama sebab ada staff-staff yang keluar awal untuk pergi makan tengahari. Inilah yang selalu berlaku dalam pejabat-pejabat Kerajaan. Jadi dalam sebulan staff-staff ini bekerja masa yang dicuri 15 minit x 26 hari=??? (Banyaknya curi tulang dalam sebulan). 

Bila dapat gaji hujung bulan, kadang-kadang rasa tak cukup untuk perbelanjaan dan untuk disimpan kerana gaji halal dah bercampur dengan gaji haram kerana curi tulang! Mana nak berkat macam tu sampai pencen. Curi tulang ini dilakukan oleh pelbagai peringkat dan profession. Dari buruh sampai ke Ketua Pengarah. Kalau buruh ada orang atas boleh tegur. Tapi kalau ketua pengarah siapa yang berani nak tegur? 

Curi tulang tidak amanah

Tiga perkara yang boleh menyebabkan kerugian dan kekecohan dalam sesebuah organisasi mahupun sebuah negara ialah:

1. Kurang tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
2. Suka membuang masa dan bersembang serta bercakap perkara sia-sia.
3. Suka melengahkan tugas yang dipertanggungjawab.
Sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang lain. 

Golongan begini mensia-siakan amanah yang diberikan dan masa yang diperuntukkan kepadanya. Kesannya apabila kesuntukan masa orang lain yang terpaksa memberikan bantuan.Bukankah itu menyusahkan orang lain, malah jika tidak diberikan bantuan, dipersalahkan pula atas alasan tidak memberikan kerjasama. Ini mengakibatkan perselisihan, kekecohan dan kemarahan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
“Dilaknat Allah sesiapa yang menyusahkan orang-orang beriman atau membuat kecoh terhadapnya.”
Sikap terbabit juga mengakibatkan satu-satu operasi menjadi lemah. Pengabaian tanggungjawab golongan yang suka menangguhkan kerja sehingga satu pun tidak terlaksana boleh juga dianggap satu sikap suka membuli, kerana kesudahannya orang lain yang menjadi mangsa. 

Tabiat buruk itu sepatutnya dijauhi bukan saja bagi memastikan operasi sesebuah organisasi atau negara berjalan lancar, malah mengelakkan daripada menanggung dosa yang berterusan.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan.” (Ali-Imran: 178)
Allah SWT membiarkan golongan ini berterusan mengumpul dosa kerana mereka menyangka perbuatan mereka itu betul dan tidak akan menerima pembalasan di akhirat nanti, sebagaimana: 
Firman-Nya pada ayat 36 surah al-Qiaamah, bermaksud: 
“Patutkah manusia menyangka bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan?)”
Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan tidak munasabah. Ada kalanya tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Perbuatan keji ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami kerja adalah ibadat terhadap Allah S.A.W jika dikerjakan dengan tulus ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Selain ganjaran pahala yang diterima, kita juga akan mendapat upahnya. Jadi, jika pengabaian terus berlaku (curi tulang), maka kita tidak akan menerima pahala yang boleh memberkati wang gaji. Akhirnya, wang upah yang kita terima jadi tidak bersih.

Selain itu, kita juga berdosa terhadap rakan sejawatan kerana menggendalakan kerja mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah. Ditegur bimbang tidak diterima dan mengakibatkan permusuhan. Jika tidak ditegur, akan merugikan banyak pihak.

Sifat mensyukuri dan mencukupi amat penting supaya kita tidak menjadi orang yang tidak pernah rasa cukup, keluh-kesah dan jangan biarkan dikejar tak dapat, dikendong berciciran.

Semoga sama-sama kita memohon keampunan dari Allah swt sekiranya semasa bertugas secara tidak sedar atau sedar pernah curi tulang sewaktu bertugas. Dan dijauhi azab Allah swt nanti. 
Wasallam. 
~ adios~
by: sepodet
 

Monday, July 8, 2013

Ramadhan Tiba Lagi...

Bismillahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah kerana tahun ini Allah beri peluang untuk kita bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak... Jom kita Review balik amalan kita kerna bulan Ramadhan ini penuh dengan Barakah... Saya suka ingatkan diri sendiri dan kepada semua kengkawan untuk sama-sama berteraweh sebanyak yang mungkin...hihihihih harap aku pun mampu berteraweh macam aku budak-budak dahulu... 1 pun x miss... :-P
So sedikit info untuk kita review apa yang kita boleh cari di Ramadhan ini...

 Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
 Kelebihan berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
Akhlaq sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)
Kelebihan bersahur
 Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya
Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa  
Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

 Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan  

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan  

Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain  

Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah  

Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub

Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa

Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa  

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:
 Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Monday, May 27, 2013

Cuti Sekolah datang lagi...

Salamm dan hai semua, Kepada yang 1st time buka blog ini TQ sebab sudi luangkan masa berharga korang untuk baca coretan anak bugis nie... Hari nie terasa nak cakap pasal cuti sekolah la plak... faham2 la kan sbb isteri cikgu so sedikit sebanyak perkembangan sekolah terutamanya cuti sekolah merupakan perkara penting yang perlu diselitkan dalam kalender harianku. Cuti sekolah nie aku ambil cuti gak (walau bos may be x suka) untuk sama2 isteri tercinta bercuti bersama...eh, xde gi mana2 pn, lepak kat rumah je n macam biasa la bila cuti sekolah sana sini akan adalah kenduri kawen... orang kelate kata "bekwoh"... x tau lah betul ke aku spealing tu..kalau salah "i'm sorry"...hehee... Dikesempatan cuti sekolah nie juga aku n isteri melungkan masa untuk melawat nenek (mek) kat kampung di Jeli Kelate... Bila dah kawen kita akan ada 2 kg, 2 famili, 2 planning... so aku pun camtu kot...1st week cuti kat kelate (kg isteri), 2nd week cuti kat KL (konon2 kg aku...haahah)... Cuti sekolah macam2 yang kita n anak2 (sape2 yang ada anak la kn) planning...ada yg nk g holiday kat pantai, ada yg nk mandi sungai atau jeram, x kurang gak ada yang nk merasai suasana nyaman dan dingin nun di Cameron Highland atau Genting... walau apa yang korang semua planning sempena cuti sekolah nie yang penting pastikan keselamatan korang dan anak2 terjaga... Acap kali musim2 cuti kita akan dihidangkan dengan berita dan perkhabaran yang kurang enak didengan di dada akhabar n tv... so beware ok kerana musim cuti kita nk happy2 je... hidup nie hanya sekali dan tidak panjang...so enjoy la tapi ingat enjoy biar beradab dan mengikut lunas2 hukum Yang Maha Esa... Jgn ikut budaya dan gaya org2 yang x jelas matlamat hidup dan akhiratnya... Ok la sampai sini je coretan buat kali nie... semoga kita semua enjoy sempena cuti sekolah ini dan aku berdoa semoga Allah memakbulkan permohonan pertukaran isteri aku..amin... Bye...adios~~~

Saturday, March 9, 2013

Setelah Sekian Lama...

Salam semua, Syukur ke hadrat Allah s.a.w yang masih memanjangkan usiaku dan usia kita semua. Ntah kenapa selepas solat subuh tadi tetiba ternampak link blog nie... Hahahaha lamanya aku tak jenguk blog pendekarbugis nie rupanya. Masa berlalu dan kita juga bergerak seiring dengan pergerakan masa. Kini aku sudah pun berumahtangga dengan kekasih hatiku sejak tahun 2007 Nadiatul Iman binti Ahmad Mukhtar pada 25 Mei 2012. Kini kami menanti kelahiran zuriat pertama kami yang kini sudah berusia 4 bulan dalam kandungan. Semoga Allah menjaga kandungan itu dan mengurniakan anak2 yang soleh & solehah... Amin... Aku juga telah hampir 3 tahun kerja di PTPK sejak 22hb Nov 2010. Macam2 pengalaman aku belajar di sana. Sinario kerja dan politik pejabat kekadang membuat aku "down" dan ditambah isteri yang nun jauh bertugas di kuantan, Pahang membuat aku seakan ingin saja lepaskan jawatan di PTPK tapi aku still anak bugis sejati. "Ni anak bugis sejati, pantang mengalah sebelum berjuang"... Harap aku boleh terus majukan diri di PTPK dan menyumbang tenaga sedaya mungkin. Rasa mcm tak percaya yang hari nie aku boleh buat coretan dalam blog ni dengan hanya menggunakan phone sahaja... Hahahah... Semakin tua dunia ini kan dan pastinya semakin dekatlah kita dengan hari menghadap Tuhan... Mungkin subuh yang hening nie Allah nak buka semula hati aku untuk kembali berjinak2 dengan blog yang aku sudah create sejak dlu lagi... Ok la... Isteri aku pun dah tido dah... So x elok biarkan dia sorang saje.. So terpaksalah aku teman dia tido (cara nak cover utk tido slpas subuh...) InsyaAllah next time aku buat catatan lagi k. See ya... - adios -

Wednesday, December 15, 2010

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharam (16 Disember 2010)

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah pada bulan ini disamping pahala yang besar kepada siapa yang beribadah pada bulan ini seperti terdapat dalam satu hadis. “Siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Siapa yang memberi buka puasa pada umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.


Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom ampunan.


Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.


Banyak peristiwa bersejarah yang pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.


1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.


2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat


3. Pada 10 Muharam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini yang selamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.


4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari kekejaman Namrud.


5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampuninya pada 10 Muharam.


6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah mengganti Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa dari kekejaman kaum Bani Israil.


7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mukjizat tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s


8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.


9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.


10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.


Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunah. 


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

~~ adios ~~

* credit to: myadha.blogspot.com

Tuesday, December 7, 2010

Kini Ku di Tempat Baru...

Syukur Alhamdulillah... kerana memberikan aku rezeki di hujung tahun nie... sungguh tak ku sangka rezeki datang tanpa ku duga... betul lah apa kata org tua2... klo rezeki tak ke mana kan?

Kini aku berada di tempat baru... Syukur kepada Allah S.W.A kerana akhirnya aku memperoleh pekerjaan yang boleh dikatakan dapat menjamin masa depan.. kalau dahulu semasa di KSM, isu kontrak tamat menjadi isu utama berlegar di kotak fikiran..namun kini semua sudah terungkai dengan tawaran kerja di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)..

Kini aku menjadi warta PTPK, menjawat jawatan yang agak tinggi.. memerlukan aku bertindak dan berfikir jauh lebih matang berbanding ketika bertugas di KSM...tanggungjawab & peranan semakin berat.. harapan pihak pengurusan juga tinggi.. apa yg penting skrg nie..aku harus menyiapkan diri dengan ilmu yang mencukupi, pantas belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan sinario baru...

walaupun aku masih lagi baru sebagai penjawat awam, sangat kurang pengalaman dan pengetahuan.. itu semua aku tak peduli kerana aku yakin pasti ada orang yang sudi berkongsi ilmu bersamaku... yang penting pesan mak aku.. buat baik kepada semua orang, jangan sombong & lupa daratan...

falsafah ini akan terus tersemat dalam sanubariku;-

" jadilah seperti seekor ikan di lautan masin,
meskipun air laut itu masin,
tetapi rasa ikan tetap tawar"

- adios -

Thursday, September 2, 2010

semakin hampir....

Assalamualaikum semua...

semakin hampir tamatnya bulan Ramhdan dan semakin hampir tibanya Syawal... di penghujung bula pose nie...semua orang sibuk membuat persiapan tuk raya..ada yang sibuk mencari baju raya baru, kuih raya, ada yng bertukar perabot baru dan macam-maca lagi nak baru. Hanya satu je pesanku...agar kita tidak membazir dalam keghairahan menyambut hari raya nanti...

semakin hampir kita ke penghujung ramadhan... semakin banyak kes-kes yang melibatkan kehilangan nyawa... statistik kes kemalangan akan bertambah dan statistik kes bermain mercun juga bertambah... tidakkah kita semua menerima pengajaran daripada apa yang telah berlaku pada masa silam..kes kemalangan jalan raya dan kes mercun bukan wujud ari nie je...dah lama dah... tapi mungkin dah menjadi tabiat org kita "selagi tak kena..selagi itu tidak serik"... jom ramai2 kita mengurangkan statistik kes kemalangan jalan raya agar tiada yang berduka di hari raya nanti...

sedang semua orang sedang sibut berbicara pasal baju raya baru dan persediaan mereka meyambut raya..tetiba aku rasa raya yang selama ini aku raikan kurang meriahnya berbanding sambutan di bumi tanah tumpah darah ku (TAWAU)... mungkin sebab di sana suasana lebih kampung maka kemeriahan itu lebih terasa berbanding di Kota Besar Kuala Lumpur... nia lah namanya nasib si PERANTAU... walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan ayah yang menyeriakan keluargaku... semoga Allah s.w.a terus memberi ruang dan pelunag kepada kami adik-beradik untu kterus membalas jasa mak dan ayah....


akhir kalam...selamat bpuasa dan berbuka petang nanti...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI yang bakal tiba nanti...

~~~ salam ~~~~

adios.....